Faktor Kesesuaian Bilik Darjah


Dari segi susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid-murid disususn dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah tahap satu disusun mengikut kumpulan manakala kerusi dan meja dalam bilik darjah tahap dua disusun secara berpasangan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Ada guru yang membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan dan kefahaman murid-murid seperti kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang tinggi, sederhana dan lemah. Ada guru juga membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang tahap kebolehan yang lemah, sederhana dan tinggi dalam satu kumpulan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan kerana kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal bilik darjah seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid.

Susunan bilik darjah yang biasa.


Susunan bilik darjah abad ke-21.

Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fwww.putihmelati.com%2F7-idea-menarik-bilik-darjah-kondusif-pembelajaran-abad-21%2F&psig=AOvVaw0TezEuAbBrdwuSxepAkcgv&ust=1593502367742000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCKCr9evBpuoCFQAAAAAdAAAAABAI



Faktor Kesesuaian Bilik Darjah
  • Faktor fizikal
  • Bilik darjah yang menarik dan kondusif. 
  • Peralatan dan kemudahan yang mencukupi.
  • Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah
  • Suasana bilik darjah yang dihiasi dengan jadual waktu, carta organisasi, jadual bertugas, dan ringkasan setiap subjek
  • Saiz bilik darjah yang bersesuaian (7x9 meter untuk 40 orang pelajar)
  • Tingkap dan pintu yang mencukupi untuk pengedaran cahaya dan udara yang mencukupi 


  • Faktor psikososial
  • Suasana selesa dam mesra
  •  Bebas dari ancaman bahaya dan bahaya fizikal
  •  Perasaan diterima
  • Sensitif dan peka terhadap perbezaan individu
  • Suasana yang merangsang pembelajaran
  • Mewujudkan komunikasi terbuka dan perkongsian idea
  • Menggalakkan pembelajaran koperatif
  • Peluang yang sama untuk semua pelajar 

    Diperoleh daripada https://www.google.com/url?sa=i&url=http%3A%2F%2Fmysinggahkata.blogspot.com%2F2015%2F03%2Fpengurusan-bilik-darjah.html&psig=AOvVaw0TezEuAbBrdwuSxepAkcgv&ust=1593502367742000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCKCr9evBpuoCFQAAAAAdAAAAABAD




    Kesimpulan
    Bilik darjah yang sesuai adalah bilik darjah yang mempunyai kelengkapan yang mencukupi, pengudaraan dan pencahayaan yang baik, serta perhubungan komunikasi antara guru dan murid yang yang mudah. Oleh yang demikian, keadaan bilik darjah yang selesa menjamin keselesaan murid dan guru dalam meneruskan sesi pembelajaran dan pengajaran.






    Comments