Posts

Faktor Kesesuaian Bilik Darjah

Image
Dari segi susunan fizikal bilik darjah, meja dan kerusi murid-murid disususn dengan kemas dan rapi mengikut kumpulan. Meja dan kerusi dalam bilik darjah tahap satu disusun mengikut kumpulan manakala kerusi dan meja dalam bilik darjah tahap dua disusun secara berpasangan. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Ada guru yang membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan mengikut tahap kebolehan dan kefahaman murid-murid seperti kumpulan yang mempunyai tahap kebolehan yang tinggi, sederhana dan lemah. Ada guru juga membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada murid-murid yang tahap kebolehan yang lemah, sederhana dan tinggi dalam satu kumpulan. Pembahagian murid-murid kepada beberapa kumpulan kerana kebolehan murid-murid adalah berbeza antara satu sama lain. Dengan susunan fizikal bilik darjah seperti ini memudahkan interaksi antara murid dengan murid dan guru dengan murid. Susunan bilik darjah yang biasa. Su